Sakit lutut dan sendi kebiasaanya sering berlaku dikalangan orang tua-tua yang disebabkan faktor penuaan.. Sakit lutut dan sendi di kalangan orang yang telah berusia dipanggil Osteoarthritis iaitu sejenis sakit sendi yang disebabkan penuaan yang berlaku dalam sendi dimana permukaan sendi rawan semakin menipis dan cecair pelincir (Synovial) dalam sendi mula berkurangan. Ini akan mengakibatkan ruang sendi menjadi kecil di samping itu juga terdapat tulang baru yang tumbuh disekelilingnya.. Bagi pesakit Osteoartritis ini, mereka akan merasa lega apabila sendi direhatkan dan rasa sakit bilamana sendi bekerja keras dalam melakukan aktiviti yang berlebihan.. Sebenarnya sakit lutut dan sendi ni bukanlah hanya berlaku dikalangan orang tua-tua sahaja, malahan ia juga berlaku dikalangan mereka yang masih muda akibat dari kecederaan lutut dalam melakukan aktiviti lasak seperti bersukan dan sebagainya.. Ada juga yang disebabkan oleh masalah berat badan yang berlebihan. Apabila anda meng...